Assalamualaikum/Salam sejahtera...
Seperti biasa ku kelewatan meng'update' berita terkini.. Kelas yang dirancang pada 18 April pada mulanya terpaksa dianjak ke 19 April di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mohon berbanyak maaf pada 2 peserta yang tidak dapat menghadirkan diri akibat pertukaran tarikh tersebut. Mujur kedua2nya sporting dan bersedia hadir di kelas yang akan datang. Terima kasih banyak Farah & Marina kerana memahami...
Seperti biasa kelas bermula 10 pagi, dihadiri seramai 8 orang peserta. Roszai, terima kasih kerana akhirnya menghadirkan diri setelah beberapa kali tidak sempat untuk hadir. Semoga semakin bertambah ilmu seni jahitan yang sedia ada. Izan, semoga dapat catch up beberapa jenis jahitan di akhir2 kelas kerana tergesa-gesa hendak pulang.
Zila yang bergitu teruja hendak mempelajari seni sulaman manik,semoga dapat mempraktikkan segala yang telah dipelajari. Untuk Kak Salina & Zatul terima kasih yer,bagi pinjam camera untuk mengambil gambar pada hari tersebut kerana camera ku masuk wad..hehehhe. So untuk gambar,kita tunggu Kak Salina & Zatul send kepada saya. Kepada Emma Aminah, semoga terus menghasilkan design yang cantik dan meletup...terima kasih kerana sudi menghadirkan diri di kelas ini untuk menambah ilmu yang sedia ada.
Salwati & Masni, dua orang rakan karib yang ceria dan menghiburkan. Semoga berpuas hati dan dapat mencuba jahit di baju sendiri,memandangkan katanya upah untuk menjahit manik ni begitu mahal, (berdasarkan pengalaman beliau).
Kepada semua, selamat maju jaya. Jika ada sebarang pertanyaan, sentiasa berhubung dengan saya. Insyaallah akan cuba membantu sedaya yang boleh. Ingat yer, untuk menjadi mahir di dalam bidang ini bukan dalam sehari dua. Rajin-rajin menjahit untuk mendapatkan hasil yang mantooop!!!
Saya juga memohon maaf jika di sepanjang kelas berlangsung terdapat kekurangan dari apa2 segi pun. Jika ada komen/cadangan boleh kemukan kepada saya melalui emel. Semoga dengan adanya maklum balas dari anda, saya dapat memperbaiki segala kekurangan untuk kelas yang akan datang.
Wassalam. Berjumpa lagi di lain siaran. (next class 23 Mei 2009)...
** Mohon maaf kepada semua pengunjung/pembaca budiman, telah puas ku meng 'edit' untuk bagi space setiap perenggan, tak menjadi juga. So,sorry once again jika terdapat kesukaran semasa membaca coretan saya...
No comments:
Post a Comment