Tuesday, December 27, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Baju kak zura & Zue..
salam..
di tampilkan koleksi-koleks yang siap dimanikkan.. jemput cuci2 mata.. :)
jumpa lagi di lain koleksi.. ;)
di tampilkan koleksi-koleks yang siap dimanikkan.. jemput cuci2 mata.. :)
![]() |
| lengan dan leher di jahit manik tabur + pearl & acrylic |
![]() |
| close up pada leher, manik,pearl & acrylic dijahit lebih padat pada bahagian leher.. |
![]() |
| close up pada leher |
![]() | |
| leher - menggunakan teknik tali air untuk sulur paut, manik tabur dan diglamorkan dengan pearl dan acrylic |
![]() |
| lengan - hanya dijahit pada tengah lengan dengan design seirama dengan leher |
![]() | ||
| baju zue - baju nikah tema pink dan purple..dijahit pada lengan dan bawah baju |
jumpa lagi di lain koleksi.. ;)
Thursday, September 29, 2011
Kelas asas manik labuci 27 Nov 2011 - precint 11 putrajaya
salam...
Jika ada yang berminat, boleh join..
call/sms 0193440384 atau emel zalmilah@yahoo.com untuk details..
terima kasih.. :)
Jika ada yang berminat, boleh join..
call/sms 0193440384 atau emel zalmilah@yahoo.com untuk details..
terima kasih.. :)
Tuesday, September 6, 2011
Kelas menjahit baju kurung tradisional
Assalamualaikum...
Pada 16 & 17 Julai 2011, saya telah mengikuti kursus membuat pakaian wanita ~ baju kurung tradisional di Bak's Creation, Senawang..
Selama ini, saya menjahit baju kurung sendiri dan anak-anak hanya 'sembarangan' sahaja.. :p.. selepas mengikuti kursus, barulah saya tahu bagaimana teknik yang betul,dari fasa mengukur, melukis pola, menggunting dan seterusnya menjahit baju dan kain..
Sesungguhnya, 2 hari tersebut telah memberi banyak manfaat kepada saya dan peserta-peserta lain.. Untuk hari raya aidilfitri tahun ini, saya telah menjahit baju kurung saya dan anak-anak menggunakan teknik yang betul!!.. :)
Harus diakui, bidang seni jahitan memerlukan kesabaran yang tinggi, terutamanya jika berhadapan dengan fabrik yang lembut,licin dan sebagainya..
emmm..ini sijil saya.. :)

Salam Aidilfitri.. :)
Assalamualaikum / salam sejahtera..
Setelah sekian lama menyepikan diri, kini kembali mengupdate blog... Bulan ramadhan yang lalu memang sangat sibuk. Selain menyiapkan tempahan dari pelanggan, anak yang kecil (1y+) pulak admitted hospital. Memang tak sempat langsung untuk menjengah blog..
emmm..masih dalam mood raya.. :) so,belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri, maaf zahir dan batin..
oh ya,...ada sedikit buah tangan koleksi aidilfitri tempahan pelanggan yang sempat diambil gambar dan dikongsikan di sini..
selamat menjamu mata... :)
![]() |
| Suria ~ design yang simple, bunga matahari dihiasi dedaun dan sulur paut menggunakan teknik tali air. Sedikit highlight bahagian badan baju.. |
![]() |
| Idayu ~ Idayu inginkan yang simple di bahagian lengan baju, corak
bunga dan warna tema adalah pilihan beliau. Pada bahagian leher, design
manik tabur menjadi pilihan.. (tiada gambar.. ) |
![]() |
| Suria ~ bunga labuci pada lengan adalah mengikut corak bunga pada badan baju, untuk melengkapkan design, ditaburkan manik-manik silinder dan round.. :) |
![]() |
| Ummi ~ bunga labuci berbagai saiz dan daun-daunan menghiasi lengan.. warna labuci di pilih mengikut warna bunga pada corak baju.. |
![]() |
| Ellyna ~ crumble.. :) |
![]() |
| Suria ~ again...crumble.. :) |
![]() |
| Liza ~tudung ala dato ct,custom made.. :) |
| Suria ~ manik tabur,..sedikit kelainan apabila manik dijahit di luar motif bunga.. |
![]() |
| Liza ~ busana nikah, crumble pada leher dan dipanjangkan dengan manik tabur.. |
Thursday, June 23, 2011
sibuknya saya hingga menjelang Aidilfitri..
salam..
lama sudah tidak meng'update' perkembangan terkini di blog. Bagi para penjahit pakaian mahu pun manik,tentu sedang sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan. Ada yang target nak selesaikan semua tempahan sebelum bulan Ramadhan menjelang.. :) Jika cepat siap,dapatlah berehat dan melakukan apa yang patut di bulan yang mulia itu nanti..
Bagi saya, tahun ini hanya mengambil beberapa tempahan dari kenalan dan pelanggan yang sudah menempah awal untuk pakaian mereka. Tahun ini seperti biasa, projek menjahit baju kurung untuk anak-anak dara saya yang 3 orang itu.. :) dan ada 1 tambahan tempahan dari suami, menjahit sarung kerusi untuk meja makan. nantikan hasilnya nanti yer..harap-harap menjadi buat sarung kerusi itu nanti,sebab ini adalah percubaan yang pertama.
Oh ya,baru-baru ini saya dikunjungi oleh Liza dan Azrul dari majalah ANIQAH, untuk menunjukkan langkah demi langkah menjahit manik beriring pada pakaian. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menjengah ke teratak saya. Insyaallah akan ada nanti di keluaran ogos 2011. Kepada yang berhasrat untuk mencuba jahit sendiri manik pada busana hari raya, boleh cuba jahit manik beriring ini, simple dan mudah.. :)
Sehingga bertemu di catatan yang akan datang.. :D

Monday, May 23, 2011
Baju Idayu & baju nikah Rosaniza
huh!!! lamanya tak update... :)
kali ini ditampilkan baju kurung Idayu. Permintaannya tidak mahu kristal/pearl yang besar..tapi nak menyerlah...so inilah hasilnya..harap idayu berpuas hati..

Ini pula baju nikah Rosaniza,diminta highlight hanya di lengan sahaja. Seperti biasa,fabrik lace memang bertambah serinya bila dihiasi dengan manik labuci..
Selamat pengantin baru Rosaniza...semoga berkekalan hendaknya.. :)

Kepada yang berminat untuk menempah,boleh emel kepada saya.. :)

Tuesday, April 12, 2011
water eraseable pen
salam,
kepada semua pengiat/peminat seni sulaman manik dan pakaian/craft, saya ada menjual WATER ERASEABLE PEN secara retail dan borong.
warna biru ~ rm8/pcs untuk borong pls send message di emel ~
warna putih ~ rm10/pcs ~ sedang dibuka untuk pre-order dengan harga retail rm7/pcs untuk borong sila emel ~ dibuka untuk pre-order hingga 22 April 2011 ~
sangat mudah melukis dengan menggunakan pen ini. Matanya halus, lakaran lebih sharp. Untuk menghilangkannya juga mudah,hanya menggunakan air.
kepada yang menganjurkan kelas/bengkel, boleh dijual kepada peserta kelas/bengkel atau masukkan ia di dalam pakej kelas anda!!..
harga tidak termasuk kos pos. harap maklum.
emel me jika minat ok..
zalmilah@yahoo.com
emel me jika minat ok..
zalmilah@yahoo.com
Sunday, April 10, 2011
Baju nikah Ct Zaitun
Setelah sekian lama..akhirnya saya kembali bermain-main dengan manik dan labuci. Sememangnya ini hobi yang tidak dapat dihindari.. ;)
Untuk meraikan hari bahagia, Ct telah memilih busana kurung moden warna kelabu..
nampak kusam tanpa sebarang hiasan,akhirnya dihantar kepada saya untuk memeriahkan busana beliau..
selepas dimanikkan...
Sudah sebulan majlis berlangsung, semoga Pn Ct berbahagia hingga ke akhir hayat.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)