Monday, May 4, 2009
Malay Traditional Attire/ Pakaian Tradisi Melayu
TAJUK : MALAY TRADITIONAL ATTIRE/ PAKAIAN TRADISI MELAYU
PENULIS : ROSITA JAAFAR
HARGA : RM44.00
BAHASA MELAYU & ENGLISH
Petikan dari buku :
" Buku teknik menjahit Pakaian Tradisi Melayu memaparkan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit dengan terperinci.
Jenis-jenis fesyen yang ditunjukkan di dalam buku ini termasuk fesyen untuk kaum lelaki dan wanita. Di antaranya adalah baju kurung pesak buluh, baju kurung pesak gantung, baju kebaya moden, kebaya kota bharu, baju kurung moden dan baju melayu lelaki.
Dapatkan buku ini yang menjadi permintaan ramai bagi menambahkan ilmu di dalam bidang fesyen tanah air sempena ulang tahun FTIM yang ke-10"
Pendapat peribadi tentang buku ini:
Ini adalah buku yang saya sangat idam-idamkan. Penulis telah mencuba sedaya upaya menunjukkan cara-cara menjahit sehelai pakaian secara detail. Dimulai dari cara-cara mengukur badan, melukis pola seterusnya menjahit pakaian. Semuanya ditunjukkan langkah demi langkah.
Susunannya lebih teratur, dan mudah dirujuk.
Selain dari jenis-jenis pakaian yang dinyatakan di atas,buku ini juga mengandungi cara-cara menjahit mata lalat,karipap dan tulang belut (untuk leher baju kurung). Juga ditunjukkan cara-cara menjahit piping, cara membuat pengalas bahu (span) dan cara membuat kocek tampal (untuk baju melayu). Pendek kata dengan harga rm44.00 memang berbaloi mendapatkannya!!!
Gambar-gambar di bawah menunjukkan serba sedikit isi kandungan buku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment