Thursday, January 29, 2009

Kelas jahitan manik & labuci

contoh 15 jenis jahitan manik/labuci yang akan dipelajari


Assalamualaikum/salam sejahtera ;

Kepada semua pengunjung yang dihormati sekelian, jika berminat untuk mempelajari teknik-teknik jahitan manik, jom ikuti kelas saya. Jangan bimbang jika anda tidak tahu langsung menjahit, kerana saya akan menjadikan anda merasa jahitan manik menjadi begitu mudah dengan bayaran yang berpatutan.

Kelas biasanya saya adakan di PUTRAJAYA, pada hujung minggu (Sabtu/Ahad) atau cuti umum. Bayaran yang dikenakan RM150.00. Bayaran termasuk bahan-bahan pembelajaran serta lunch. Anda tidak perlu bawa apa-apa untuk menghadiri kelas.
.
Kelas akan datang :
Tarikh : 5 mac 2011
Masa : 10pg - 4ptg
Tempat : Precint 9, Putrajaya
Bayaran : RM150 (deposit RM50)
.


Apa yang akan anda pelajari?
15 jenis jahitan sulaman manik dan labuci.

Berapa lama masa kelas berlangsung?
Kelas akan bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00ptg.

Berapa ramai peserta di dalam 1 kelas?
Hanya 4 orang sahaja.

Jika saya ada group sendiri,bolehkah datang ke tempat saya? Bagaimana dengan bayaran yang dikenakan?
Ya, sudah tentu boleh. Anda sediakan tempat,saya akan datang. Tentang bayaran, jika sekitar lembah Klang,masih lagi RM150/person. Jika di luar kawasan sekitar RM180/person bergantung pada lokasi. Kepada person incharge, diskaun istimewa menanti anda!! Untuk keterangan lanjut,sila hubungi saya.

Kalau nak join kelas,bagaimana caranya?
1- Hubungi saya untuk pastikan kekosongan. Boleh call/sms/emel saya.

2- Anda perlu membayar deposit RM50 untuk booking. Baki bayar semasa kelas.

3- Please inform saya selepas bayaran dibuat.

4- Saya akan maklumkan/update segala yg berkaitan dgn kelas dari semasa ke semasa.

Jika saya dah bayar deposit, tapi tidak dapat menghadirkan diri,adakah deposit akan hilang?
Deposit anda tidak hilang. Sebelum ini, wang deposit peserta yang tak dapat hadir saya hold untuk kelas yang akan datang, tetapi dengan berbuat demikian ianya mendatangkan banyak masalah kepada pihak saya. Mulai Jun 2009, kepada peserta yang tidak dapat menghadirkan diri, diharap dapat mencari pengganti. Harap maaf kerana saya tidak akan memulangkan wang deposit kerana ia melibatkan kos sewa tempat,pengangkutan dsb. Melainkan jika ada sebab-sebab munasabah yang tak dapat dielakkan, sudah tentu saya boleh berkompromi.


Saya sangat berharap,para peserta dapat menghadirkan diri apabila telah membayar deposit. Ini kerana, apabila anda membayar deposit, saya akan menutup peluang kepada peserta lain yang berminat apabila bilangan peserta mencukupi. Tentu saya tidak sempat mencari ganti apabila pembatalan dibuat di saat-saat akhir.

Jika masih ada yang kurang jelas, boleh bertanya terus pada saya. Insyaallah,saya akan jawab secepat mungkin. So, apa tunggu lagi?..jommmm!!!

Terima kasih

zalmilah@yahoo.com (ym: zalmilah)
019-3440384



Monday, January 26, 2009

Kos & procedur pembelian buku

CARA-CARA MEMBELI SECARA ONLINE

1- PILIH JENIS BUKU YANG ANDA MAHU.

2- SMS/CALL/EMEL SAYA UNTUK PASTIKAN BUKU YANG ANDA INGINKAN ADA "READY STOK". SAYA JUGA AKAN INFORM TOTAL COST TERMASUK POS LAJU. SECARA AMNYA KADAR POS LAJU UTK SEMENANJUNG MALAYSIA : 1 BUKU =RM7, 2 BUKU =RM10, 3 BUKU =RM12 & 4 BUKU =RM20 (BERAT BUKU SETIAP 1 +-500G)

3- BANK IN BAYARAN KE AKAUN MAYBANK/CIMB YANG DIBERIKAN. SELEPAS BANK IN,SILA INFORM SAYA SECEPAT MUNGKIN. SAYA AKAN CHECK DI M2U/Cimbclick ATAU EMEL KAN PADA SAYA BUKTI PEMBAYARAN.


4- BERIKAN ALAMAT LENGKAP SERTA NO TEL.


5- SAYA AKAN POS PADA HARI BERIKUTNYA SETELAH BAYARAN DI DEPOSITKAN.


6- SAYA SANGAT MENGHARGAI,JIKA ANDA INFORM SAYA SETELAH BUKU SELAMAT DI TERIMA. DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

7- BAGI YANG INGIN COD, BOLEH DATANG AMBIL DI PRECINT 9, PUTRAJAYA (CT ZAITUN-012-7575442) ATAU DI BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG (019-3440384)

TQ