Tuesday, February 3, 2009

Water eraseable pen

Harga : RM8.00
Warna : Biru

UPDATE 22 JUN 2009 : STOK READY..

Pen untuk melukis di atas fabrik. Mata lebih halus berbanding kapur jahit. Menjadikan kerja2 melakar corak/lukisan anda lebih mudah !!!

kos pos express rm2.50 (1 sampul pos express boleh muat sehingga 5-6 pcs pen)

kalau nak COD,boleh pick kat -->
PRECINT 9,PUTRAJAYA (Ct Zaitun-0127575442)
BANDAR TASIK PUTERI,RAWANG (me-0193440384)

Jika beli bersama2 buku,kos pos utk pen free,coz dah termasuk dgn kos pos buku...

TQ

Beads,Crystal & Thread Embroidery/Sulaman Manik,Kristal & Benang

TAJUK : SULAMAN MANIK,KRISTAL & BENANG
PENULIS : ROSITA JAAFAR

HARGA : RM39.90
BAHASA MELAYU & ENGLISH

Petikan dari buku:
"Buku ini memaparkan bagaimana kombinasi sulaman manik dapat memperindahkan lagi rekaan yang berkreatif. Ia mengandungi sulaman benang serta peyote yang menggunakan 2 jarum. Kristal adalah sebagi penambah kilauan dalam sulaman manik. Sulaman benang halus pula telah lama di tinggalkan di negara ini. Hampir semua pelajar telah membuktikan diri mereka dalam penghasilan yang menakjubkan melalui teknik dan cara terperinci. Sulaman benang pada tudung telah dijual dengan harga yang tinggi kerana keunikkannya yang sungguh mengkagumkan."

Pendapat peribadi tentang buku ini:
Jika bicara tentang jahitan manik,buku ini adalah lanjutan dari buku beliau "Beads & Sequins Embroidery",so sesiapa yang ingin pelajari jahit manik, better dapatkan dahulu buku tersebut. Buku ini juga mengandungi beberapa teknik menyulam benang yang sangat cantik dah mudah difahami. Saya sendiri telah mencuba semua teknik sulaman benang dalam buku ini. Secara keseluruhannya,memang tidak rugi mendapatkan buku ini.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan serba sedikit isi kandungan buku ini.

Jahitan dua selari peyote & jahitan peyote zig-zag


Jahitan manik bersayap


Contoh sulaman benang yang telah siap pada tudung.


Sulaman benang : Jahitan daisy dua lapis


Sulaman benang : tenunan timbul picots











Sulaman Benang & Manik Labuci

TAJUK : SULAMAN BENANG & MANIK LABUCI
PENULIS : ROSITA JAAFAR
HARGA : RM60.00
BAHASA MELAYU


Petikan dari buku:
"Buku ini mengandungi 300 jenis jahitan sulaman benang,manik serta labuci. Memuatkan panduan dari peringkat asas jahitan sulaman hingga ke kompleks. Memaparkan idea yang unik,menarik,klasik,moden serta kontemporari"


Pendapat peribadi tentang buku ini :
Saya telah mendapatkan buku ini pada tahun 2004 iaitu semasa mengikuti bengkel sulaman manik anjuran beliau. Selama ini,saya hanya membelek bahagian belakang buku berkenaan dgn sulaman manik. Baru-baru ini,entah macam mana,timbul minat untuk mencuba sulaman benang. Belek punya belek (bahagian depan),baru lah saya tahu betapa bernilainya buku ini.


Gambar-gambar di bawah menunjukkan serba sedikit isi kandungan buku ini.

Sulaman benang : 'eyelets' & 'feather'

Sulam benang : eyelets-diamond,eyelets-freestyle & eyelets-fan



Sulam manik : sisik ikan


Sulam manik : beriring


Sulam manik : daun stem






Monday, February 2, 2009

Sulaman Manik Labuci/Beads Sequins Embroidery

TAJUK : BEADS & SEQUINS EMBROIDERY / SULAMAN MANIK & LABUCI

PENULIS : ROSITA JAAFAR
HARGA : RM39.90
BAHASA MELAYU & ENGLISH
-
Petikan dari buku:
"Gabungan manik,labuci dan mutiara menghasilkan rekaan unggul. Buku ini memaparkan lebih 35 teknik dan 70 rekaan baru secara intensif yang boleh anda pelajari dalam sulaman manik dan labuci."

Pendapat peribadi tentang buku ini :
Mudah difahami. Untuk setiap jenis jahitan ditunjukkan langkah demi langkah. Sangat sesuai dijadikan panduan, terutama kepada mereka yang baru hendak mencuba bidang ini.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan serba sedikit isi kandungan buku ini.


Jahitan manik beriring -selapis & 2 lapis


Jahitan manik bunga bintang & 3 serangkai


Jahitan manik bunga teratai


Bunga Rosette