Sunday, May 31, 2009

Kelas 23 Mei 2009 - Precint 9, Putrajaya

Assalamualaikum/Salam sejahtera...

Alhamdulillah, kelas 23 Mei 2009 dapat dijalankan dengan jayanya. Seperti biasa kelas bermula pada pukul 10.00 pagi, dihadiri oleh 5 orang peserta. Ini kerana masih terdapat peserta yang tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kehadiran 2 beradik Sahar & Yati sangat dihargai, kerana seorang sarat mengandung, sorang lagi tak berapa sihat (demam) pada hari tersebut. Terima kasih di atas komitmen yang diberikan. Dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa memuaskan tu, dapat juga Yati menghabiskan 20 jenis jahitan manik/labuci. kepada Sahar, semoga kesungguhan akan terbalas satu hari nanti.

Amilia, akhirnya dapat hadir pada kelas kali ini. Hehhehehe,..akhirnya bersua juga saya dengan tuan punya nama Amilia ni. Diharap Amy rajin-rajin menjahit ye selepas ni yer dik..Ton (nama glamer) adalah peserta yang paling bersemangat rasanya. Sedang aktif menerima tempahan yer Ton, nanti jangan lupa kirimkan gambar-gambar hasil jahitan u kepada saya yer.. Untuk Kate, semoga nanti dapat buat surprise untuk ur mom. Tentu dia bangga coz anak daranya pandai menjahit rupa-rupanya... :-D

Kepada semua, selamat maju jaya. Jika ada sebarang pertanyaan, sentiasa berhubung dengan saya. Insyaallah akan cuba membantu sedaya yang boleh. Ingat yer, untuk menjadi mahir di dalam bidang ini bukan dalam sehari dua. Rajin-rajin menjahit untuk mendapatkan hasil yang meletoppp!!!

Saya juga memohon maaf jika di sepanjang kelas berlangsung terdapat kekurangan dari apa2 segi pun. Jika ada komen/cadangan boleh kemukan kepada saya melalui emel. Semoga dengan adanya maklum balas dari anda, saya dapat memperbaiki segala kekurangan untuk kelas yang akan datang.

Wassalam, Berjumpa lagi di lain siaran. (Next class 27 Jun 2009)

Oh ya, ada beberapa gambar kenangan semasa kelas berlangsung paa hari tersebut. Layannnnn..


Berdiri : Ton , Amilia & Kate / Duduk : Yati, me & Sahar

Yati & Sahar : Yati walaupun demam, still enjoy di kelas

Amy, Ton & Kate : Sempat ek korang berposing..

Amilia : Sedang tekun menjahit manik beriring 2 layer

Amilia & Ton : Tekunnya...

Kate dan manik beriringnya..

candid gambar Ton & Kate

Sahar dan bunga labuci

Tengok tu, sampai bertampal-tampal kepala, tapi tetap bersemangat :-D


Monday, May 4, 2009

Malay Traditional Attire/ Pakaian Tradisi Melayu


TAJUK : MALAY TRADITIONAL ATTIRE/ PAKAIAN TRADISI MELAYU
PENULIS : ROSITA JAAFAR
HARGA : RM44.00
BAHASA MELAYU & ENGLISH

Petikan dari buku :
" Buku teknik menjahit Pakaian Tradisi Melayu memaparkan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit dengan terperinci.

Jenis-jenis fesyen yang ditunjukkan di dalam buku ini termasuk fesyen untuk kaum lelaki dan wanita. Di antaranya adalah baju kurung pesak buluh, baju kurung pesak gantung, baju kebaya moden, kebaya kota bharu, baju kurung moden dan baju melayu lelaki.

Dapatkan buku ini yang menjadi permintaan ramai bagi menambahkan ilmu di dalam bidang fesyen tanah air sempena ulang tahun FTIM yang ke-10"

Pendapat peribadi tentang buku ini:
Ini adalah buku yang saya sangat idam-idamkan. Penulis telah mencuba sedaya upaya menunjukkan cara-cara menjahit sehelai pakaian secara detail. Dimulai dari cara-cara mengukur badan, melukis pola seterusnya menjahit pakaian. Semuanya ditunjukkan langkah demi langkah.
Susunannya lebih teratur, dan mudah dirujuk.

Selain dari jenis-jenis pakaian yang dinyatakan di atas,buku ini juga mengandungi cara-cara menjahit mata lalat,karipap dan tulang belut (untuk leher baju kurung). Juga ditunjukkan cara-cara menjahit piping, cara membuat pengalas bahu (span) dan cara membuat kocek tampal (untuk baju melayu). Pendek kata dengan harga rm44.00 memang berbaloi mendapatkannya!!!

Gambar-gambar di bawah menunjukkan serba sedikit isi kandungan buku ini.

langkah demi langkah : cara melukis pola

langkah demi langkah : cara menjahit pakaian


cara mengukur badan : lelaki

cara mengukur badan : wanita


cara mengukur badan : wanita






Kelas 19 April 2009 - Precint 9,Putrajaya

Assalamualaikum/Salam sejahtera...
Seperti biasa ku kelewatan meng'update' berita terkini.. Kelas yang dirancang pada 18 April pada mulanya terpaksa dianjak ke 19 April di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mohon berbanyak maaf pada 2 peserta yang tidak dapat menghadirkan diri akibat pertukaran tarikh tersebut. Mujur kedua2nya sporting dan bersedia hadir di kelas yang akan datang. Terima kasih banyak Farah & Marina kerana memahami...
Seperti biasa kelas bermula 10 pagi, dihadiri seramai 8 orang peserta. Roszai, terima kasih kerana akhirnya menghadirkan diri setelah beberapa kali tidak sempat untuk hadir. Semoga semakin bertambah ilmu seni jahitan yang sedia ada. Izan, semoga dapat catch up beberapa jenis jahitan di akhir2 kelas kerana tergesa-gesa hendak pulang.
Zila yang bergitu teruja hendak mempelajari seni sulaman manik,semoga dapat mempraktikkan segala yang telah dipelajari. Untuk Kak Salina & Zatul terima kasih yer,bagi pinjam camera untuk mengambil gambar pada hari tersebut kerana camera ku masuk wad..hehehhe. So untuk gambar,kita tunggu Kak Salina & Zatul send kepada saya. Kepada Emma Aminah, semoga terus menghasilkan design yang cantik dan meletup...terima kasih kerana sudi menghadirkan diri di kelas ini untuk menambah ilmu yang sedia ada.
Salwati & Masni, dua orang rakan karib yang ceria dan menghiburkan. Semoga berpuas hati dan dapat mencuba jahit di baju sendiri,memandangkan katanya upah untuk menjahit manik ni begitu mahal, (berdasarkan pengalaman beliau).
Kepada semua, selamat maju jaya. Jika ada sebarang pertanyaan, sentiasa berhubung dengan saya. Insyaallah akan cuba membantu sedaya yang boleh. Ingat yer, untuk menjadi mahir di dalam bidang ini bukan dalam sehari dua. Rajin-rajin menjahit untuk mendapatkan hasil yang mantooop!!!
Saya juga memohon maaf jika di sepanjang kelas berlangsung terdapat kekurangan dari apa2 segi pun. Jika ada komen/cadangan boleh kemukan kepada saya melalui emel. Semoga dengan adanya maklum balas dari anda, saya dapat memperbaiki segala kekurangan untuk kelas yang akan datang.
Wassalam. Berjumpa lagi di lain siaran. (next class 23 Mei 2009)...
** Mohon maaf kepada semua pengunjung/pembaca budiman, telah puas ku meng 'edit' untuk bagi space setiap perenggan, tak menjadi juga. So,sorry once again jika terdapat kesukaran semasa membaca coretan saya...