Thursday, November 19, 2009

Kelas 18 Oktober 2009 - P9,Putrajaya

Salam...

Kepada peserta-peserta kelas 18 okt yang lalu : ampunnnn beribu2 ampun.. hari ini baru berkesempatan upload gambar. Gambar-gambar akan di emel kepada semua ye nanti...:D

Peserta pada hari tersebut Kak Suzy, Amai, Hafsah, Aishah & Kak Nora. Harap-harap semuanya telah/sedang/akan mempraktikkan apa yang telah dipelajar pada hari tersebut. Sentiasa hubungi saya jika ada apa-apa pertanyaan. Insyaallah akan cuba sedayanya membantu.

Mohon maaf juga jika ada kekurangan dari segi apa-apa pun pada hari tersebut. Segala komen boleh disalurkan ke emel saya. Semoga dengan komen-komen yang membina dapat saya memperbaiki diri untuk kelas-kelas akan datang.

Sekian coretan kali ini. Selamat maju jaya semua.

Oh ya, kepada semua pembaca...insyaallah saya akan ada di Putrajaya 2 minggu semasa cuti persekolahan nanti. date belum pasti.jika ada yang berminat untuk hadiri kelas bukan pada hujung minggu, boleh contact saya untuk temujanji...

jumpa lagi...


Amai, Kak Suzy, Aishah, Me, Kak Nora & Hafsah

Monday, November 2, 2009

Anda keliru memilih buku yang sesuai?

salam sejahtera semua...

Kepada yang berminat nak dapatkan buku jahitan manik/sulaman benang,saya jelaskan di sini ada 5 buku berkaitan manik labuci yang ada.

1- Sulaman manik labuci / Beads sequins embroidery (BSE)

harga buku rm39.90. buku dwi bahasa.
kos pos laju semenanjung +rm7, sarawak +rm10 dan Sabah +rm12
** sesuai intuk beginner atau yang baru nak berjinak-jinak dengan sulaman manik labuci. Kandungan buku menunjukkan langkah demi langkah beserta gambar.
kandungan buku serba sedikit boleh tengok di link yang berkaitan.

2- Sulaman manik,kristal dan benang / Beads sequins & threads embroidery(BCT)
harga buku rm39.90.buku dwi bahasa.
kos pos laju semenanjung +rm7. Sarawak +rm10 dan Sabah +rm12
** jika bicara tentang sulaman manik,buku ini adalah lanjutan dari buku BSE. Tapi,untuk sulaman benang,buku ini mengandungi teknik2 basic.mudah difahami kerana ditunjukkan langkah demi langkah beserta gambar.
kandungan buku serba sedikit boleh tengok di link berkaitan.

3- Teknik melakar corak -manik,kristal dan benang (TMC)

harga buku rm44.00.buku dwi bahasa.
kos pos laju semenanjung +rm7, sarawak +rm10 dan Sabah +rm12
** bagi yang sudah boleh menjahit manik tapi masih kekurangan idea,buku ini boleh membantu. penulis telah memberi contoh lakaran corak. juga mengandungi hasil kerja tangan para peserta pertandingan sulaman manik,kristal 2009.penulis juga menerangkan bagaimana corak2 dihasilkan oleh setiap peserta.
kandunagn buku serba sedikit boleh tengok di link berkaitan.

4- Sulaman benang & manik labuci

harga buku rm60. ditulis di dalam bahasa melayu.
** ini adalah buku pertama dari penulis berkenaan sulaman manik labuci dan sulaman benang.
terdapat banyak contoh-contoh rekaan yang akan membantu anda di dalam mereka sesuatu corak.

5- Sulaman glamor manik 3D

harga buku rm45.
** buku ini adalah buah tangan terbaru dari Rosita Jaafar. Anda pasti terpegun dengan hasil sulaman manik 3D ini. Ia sesuai untuk semua. Tunggu apa lagi dapatkan sekarang,dan kembangkan idea sedia ada anda sekarang...

harapan saya,penerangan serba sedikit tentang buku-buku di atas membantu anda memilih buku yang sesuai. Jika masih ada pertanyaan boleh emel/call saya.
semua buku adalah karya ROSITA JAAFAR.

Untuk lebih jelas tentang kos penghantaran,diharap anda dapat hubungi saya di emel/call/sms 0193440384.

~terima kasih~