Thursday, May 17, 2012

lamanyaaa...

salam..

tidak saya sedari hampir 6 bulan saya tak update blog. Sebenarnya saya bercuti dari aktiviti menjahit.. tu yang saya rasa tiada apa yang best untuk dikongsikan..

oh ya, aidilfitri akan menjelma lagi..bagi yang berminat untuk menjahit sendiri busana hari raya, apa kata belajar menjahit manik dan labuci. Jimat dan tentu lebih berbangga memakai baju hasil jahitan sendiri. kepada yang berminat, hubungi saya untuk kelas pada 26/5/2012 di precint 11, Putrajaya..

Bercerita tentang menjahit manik untuk baju raya, sebenarnya saya tidak bercadang untuk mengambil tempahan pada musim perayaan tahun ini. Tapi, tanpa saya sangka.. beberapa customer lama telah menghubungi untuk menghantar tempahan mereka. Beberapa orang dari mereka terpaksa saya tolak, dan beberapa lagi dari mereka saya terima kerana tak larat memberi alasan menolak permintaan mereka... :) Lagi pun, rindu pulak hendak menjahit manik setelah sekian lama bercuti..

Sekian coretan untuk kali ini..jangan lupa hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan buku-buku tulisan Puan Rosita Jaafar juga kepada yang ingin mengikuti kelas .. :)


No comments:

Post a Comment