Ini adalah senario biasa bagi mereka yang baru berjinak-jinak mengambil tempahan menjahit manik & labuci. Ramai yang bertanya saya,bagaimana nak letak harga?...
jawapan kepada soalan ini sangat subjektif, kerana mengambil upah menjahit manik tidak seperti mengambil upah menjahit pakaian. Upah menjahit pakaian kita boleh tentukan dengan fesyen pakaian itu sendiri, sedangkan jahit manik labuci ada berbagai-bagai bentuk, kombinasi teknik jahitan, corak...sudah tentu upahnya berbeza bagi setiap jenis jahitan...
jenis manik/meterial yang kita gunakan juga mempengaruhi harga tempahan. Jadi,bagaimanakah untuk menghadapai masalah harga ini?.. emmm bagi saya, letaklah harga yang kita rasa berbaloi dengan penat,masa dan kos yang telah kita habiskan untuk menyiapkan sesuatu koleksi itu.. bagaimana yer???... kita akan melalui dan mempelajarinya dengan pengalaman... kebanyakan penjahit manik di luar sana pernah menghadapi dilema ini..percayalah!!!...
jangan sesekali kita terpengaruh dengan harga yang diletakkan oleh orang lain (penjahit manik yang lain)..tentu mereka ada sebab tersendiri mengapa mereka meletakkan sesuatu harga itu. jika kita rasakan mahal, mungkin kerana jahitan mereka kemas,cantik atau unik.. atau mungkin juga kerana demand terhadap kerjatangan mereka yang tinggi.. :)
jika kita rasakan terlalu murah, mungkin itu cara mereka untuk menarik pelanggan.. atau cara mereka mendapatkan tempahan untuk memahirkan diri mereka..
sebenarnya, mahal atau murah itu juga subjektif tau..huh!!memang rumit kannn???... pokok pangkalnya terpulang kepada kita sendiri..
dalam apa-apa bidang pun,selain dari kemahiran yang kita ada, pengalaman tetap tidak ternilai.. kemahiran menjadi lebih mantap seiring dengan pengalaman yang telah kita lalui..
** ini hanya pendapat peribadi saya... :)
No comments:
Post a Comment