salam..
lama sudah tidak meng'update' perkembangan terkini di blog. Bagi para penjahit pakaian mahu pun manik,tentu sedang sibuk menyiapkan tempahan dari pelanggan. Ada yang target nak selesaikan semua tempahan sebelum bulan Ramadhan menjelang.. :) Jika cepat siap,dapatlah berehat dan melakukan apa yang patut di bulan yang mulia itu nanti..
Bagi saya, tahun ini hanya mengambil beberapa tempahan dari kenalan dan pelanggan yang sudah menempah awal untuk pakaian mereka. Tahun ini seperti biasa, projek menjahit baju kurung untuk anak-anak dara saya yang 3 orang itu.. :) dan ada 1 tambahan tempahan dari suami, menjahit sarung kerusi untuk meja makan. nantikan hasilnya nanti yer..harap-harap menjadi buat sarung kerusi itu nanti,sebab ini adalah percubaan yang pertama.
Oh ya,baru-baru ini saya dikunjungi oleh Liza dan Azrul dari majalah ANIQAH, untuk menunjukkan langkah demi langkah menjahit manik beriring pada pakaian. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menjengah ke teratak saya. Insyaallah akan ada nanti di keluaran ogos 2011. Kepada yang berhasrat untuk mencuba jahit sendiri manik pada busana hari raya, boleh cuba jahit manik beriring ini, simple dan mudah.. :)
Sehingga bertemu di catatan yang akan datang.. :D
No comments:
Post a Comment