Tuesday, September 6, 2011

Kelas menjahit baju kurung tradisional

Assalamualaikum...

Pada 16 & 17 Julai 2011, saya telah mengikuti kursus membuat pakaian wanita ~ baju kurung tradisional di Bak's Creation, Senawang..

Selama ini, saya menjahit baju kurung sendiri dan anak-anak hanya 'sembarangan' sahaja.. :p.. selepas mengikuti kursus, barulah saya tahu bagaimana teknik yang betul,dari fasa mengukur, melukis pola, menggunting dan seterusnya menjahit baju dan kain..

Sesungguhnya, 2 hari tersebut telah memberi banyak manfaat kepada saya dan peserta-peserta lain.. Untuk hari raya aidilfitri tahun ini, saya telah menjahit baju kurung saya dan anak-anak menggunakan teknik yang betul!!.. :)

Harus diakui, bidang seni jahitan memerlukan kesabaran yang tinggi, terutamanya jika berhadapan dengan fabrik yang lembut,licin dan sebagainya..

emmm..ini sijil saya.. :)


No comments:

Post a Comment